Categories
SELANGOR

LKAN: Pengurusan caruman TABUNG perlu ditambah baik

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 24 NOV: Jabatan Audit Negara mendapati pengurusan caruman infrastruktur sosial, Akaun Amanah Tabung Infrastruktur Sosial (TABUNG) terhadap empat agensi Kerajaan Selangor kurang memuaskan.

Dalam penemuan audit dibuat antara bulan Mei Hingga Ogos 2015 mendapati, TABUNG mencatatkan penurunan perolehan kepada RM8.45 juta sehingga akhir Mei 2015 berbanding RM9.39 juta pada 31 Disember 2014.

Laporan LKANSejak ditubuhkan pada 2006, dana TABUNG tidak dibelanjakan sehingga 2012 walaupun sejumlah RM17.10 juta sudah berjaya dikutip namun hanya 45.6 peratus dana Tabung dibelanjakan daripada Caruman dikutip berjumlah RM17.25 juta sehingga 31 Disember 2014.

Empat agensi terlibat adalah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah dan Tanah, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

“Sehingga 31 Mei 2015, sebanyak lima daripada tujuh projek dilaksanakan pada 2013 dan 2014 sudah disiapkan dengan tiga projek lewat siap antara 114 hingga 316 hari.

“Bagi dua projek lain yang sedang dilaksanakan, kemajuan fizikal sebenar projek kurang daripada jadual kemajuan ditetapkan iaitu 51 peratus dan 52 peratus berbanding 67 peratus dan 59 peratus,” kata Laporan Ketua Audit Negeri Selangor 2014 siri 3.

Laporan audit itu menyatakan sebanyak 73 pemilik di daerah Sepang dengan keluasan tanah kurang daripada satu ekar sudah dikenakan bayaran sedangkan peraturan tidak menetapkan bayaran perlu dibuat. Dari 2008 hingga bulan Julai 2015, seramai 19 pemilik membayar Caruman berjumlah RM122,854.

“Empat projek yang siap dengan baki lebihan wang yang tidak dibelanjakan berjumlah RM502,847 tidak dikembalikan untuk diakaunkan semula dalam akaun TABUNG supaya boleh digunakan untuk melaksanakan projek lain,” kata laporan audit itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.