Categories
SELANGOR

MB: Jangan biar orang luar tentukan halatuju parti

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 27 NOV: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menegaskan ahli parti perlu mempertahankan hala tuju perjuangan tanpa membenarkan ia ditentukan orang luar.

Dalam ucapan perasmian Kongres Nasional Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan Wanita KEADILAN beliau berkata, keyakinan dan kemampuan yang ada pada ganerasi muda dapat menjelaskan dasar perjuangan parti kepada rakyat.

MB Azmin“Jangan sama sekali membenarkan orang luar menetukan masa depan parti kita uang keramat ini.

“Saya yakin dengan anak muda dalam AMk dan Wanita mampu memenuhi aspirasi rakyat,” katanya di Dewan Sivik MBPJ, di sini, hari ini.

Selaku Dato’ Menteri Besar Selangor, beliau turut gembira dengan peranan dimainkan KEADILAN yang berjaya meletakkan wakil PAS, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) di atas satu pentas hari ini.

Antara wakil parti Pakatan yang hadir adalah Dr Halimah Ali (PAS), Yeoh Bee Yin (DAP) dan Aiman Athirah Jundi (AMANAH).

“Saya gembira berjaya menggarap kekuatan semua parti DAP, AMANAH & PAS untuk duduk atas satu pentas melawan Umno-BN,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.