Categories
NASIONAL

NOW mahu polis siasat salah guna dana YAPEIM

Oleh : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 15 NOV: Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir membuat laporan polis di IPD Dang Wangi berhubung dakwaan penyalahgunaan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya, laporan polis dibuat bagi membolehkan kertas saisatan dibuka ekoran kebimbangan berlakunya sebarang salah guna kedudukan, kuasa atau pecah amanah serta menjaga kepentingan pembangunan ekonomi Islam, penyumbang dan penerima Yapiem.

NOW AKMAL“Untuk bertindak adil, polis perlu menyiasat dari perspektif yang lebih luas. Kita tidak tahu mengapa respon Jamil begitu tegas mendesak saya meminta maaf. Mungkin ada sesuatu yang hendak disembunyikan, kita tidak tahu.

“Berilah ruang kepada polis untuk jalankan siasatan. Harap menteri dan barisan kepimpinan tertinggi YAPEIM beri kerjasama.

“Ini untuk kepentingan penyumbang-penyumbang YAPEIM dan kita semua,” katanya di IPD Dang Wangi.

Dalam laporan polis yang dibuat, Akmal membangkitkan beberapa persoalan seperti disebut dalam kenyataanya sebelum itu.

Pada 13 November lalu, Akmal dalam sidang media mendakwa lawatan Jamil Khir bersama rombongan ke Amerika Syarikat dengan perbelanjaan RM410,978 dan dibayar oleh YAPEIM.

NOW-YaPEIMMemetik invois yang dibilkan kepada Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) diperolehnya, beliau mendakwa lawatan ke Washington DC, Iowa dan Minnesota daripada 21 hingga 29 Mei 2014 itu membabitkan aktiviti golf dan kunjungan ke pusat membeli-belah.

Jamil Khir dalam reaksi balas mendesak Akmal meminta maaf atau berdepan dengan tindakan undang-undang kerana mengaitkan beliau dengan dakwaan salah guna wang yayasan kebajikan.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.