Categories
SELANGOR

Pantai Batu Laut perlu diberi nafas baru pembangunan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 8 NOV: Kerajaan Negeri diharap dapat membangunkan semula potensi besar Pantai Batu Laut.

Adun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan, berkata kawasan itu memerlukan penambahbaikan untuk kemudahan pengunjung.

REGATTA Perahu Layar 2015 Pulau Batu Laut (2)“Selain kemudahan seperti tandas, menara tinjau dan pusat pengumpulan hasil pertanian, saya percaya usaha mewajahkan dan penyusunan semula gerai sedia juga perlu dilakukan.

“Begitu juga dengan kemudahan sokongan bagi menggalakkan aktiviti latihan perahu layar yang popular di sini,” katanya kepada Selangor Kini.

Pantai Batu Laut dianggap lokasi strategik dan terbaik bagi atlet perahu layar ekoran kedudukannya dan arah angin yang sesuai.

Pada masa sama, Haslin menyarankan jumlah pemberian baucar membeli belah sempena perayaan dinaikkan daripada RM100 kepada RM150.

“Harap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan faktor ekonomi semasa dalam pemberian baucar ini,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.