Categories
SELANGOR

Perangsang Fun Ride promosi Shah Alam bandar selamat

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 NOV: Seramai 400 peminat sukan berbasikal menyertai acara ‘Perangsang Fun Ride’ mengelilingi bandaraya Shah Alam sejauh 29 kilometer (KM).

Acara berbasikal anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Perangsang Selangor (KELAB) dengan kerjasama Persatuan Berbasikal negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu bertujuan memupuk gaya hidup sihat disamping menjalinkan hubungan rapat dengan penduduk setempat.

Presiden KELAB, Mohd Fauzi Mohd GhazaliPresiden KELAB, Mohd Fauzi Mohd Ghazali, berkata acara julung kali itu juga bertujuan mempromosi Shah Alam sebagai bandaraya indah, selesa, selamat dan sesuai untuk beriadah.

“Selain Fun Ride, kami turut mengadakan sesi klinik berbasikal membabitkan program kesedaran dan informasi dikendalikan oleh bekas jaguh lumba basikal negara iaitu Mahazir Hamad dan Hadi Putra Ismail.

“Kayuhan bermula dari Dataran Kemerdekaan Shah Alam dengan perjalanan merentasi pusat bandaraya, kawasan perindustrian Seksyen 15, Seksyen 20, Seksyen 15 dan Seksyen 17,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata program kayuhan berbasikal itu akan dijadikan program tahunan kumpulan Perangsang.

Perangsang Fun RideUpacara pelepasan kayuhan itu dilakukan Mohd Fauzi dan turut disertai penerima anugerah olahragawan kebangsaan dan pemegang pingat emas Sukan Sea di Brunei pada 1999, Shahrul Neeza.

Cabutan bertuah turut disediakan sebanyak 73 hadiah antaranya basikal ‘Ghost’, TV LED 40′, telefon bimbit dan barangan elektrik.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.