Categories
SELANGOR

Perbanyakkan program bantu OKU

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 24 NOV: Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Selangor (UNISEL) mengadakan program Mengupayakan Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi mewujudkan kesedaran di kalangan belia dan masyarakat.

Pengarah Program, Mohd Nur Imran Ahmad Soki, berkata program itu diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat supaya prihatin dalam menghulurkan bantuan kepada golongan itu.

OKU“Golongan itu kadangkala disisihkan dalam kelompok masyarakat berbanding golongan anak yatim yang sering diberi perhatian.

“Kita mensasarkan program itu dapat memupuk dan mewujudkan sifat saling membantu dan kefahaman di kalangan masyarakat,”katanya di Dewan Canselor Kampus Bestari Jaya yang turut dihadiri Nurul Nuha, anak bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Program itu turut menyediakan acara walkathon, simulasi OKU dan Pelancaran Buku Mengupayakan OKU di Selangor.

Mohd Nur Iman berkata, program itu selari dengan matlamat dan slogan UNISEL dalam mencorakkan kemasyarakatan.

“Diharap program seumpama ini dapat diteruskan ke masa akan datang,” katanya.

Turut hadir, Tokoh OKU Negara 2006, Othman Badrishah yang juga merupakan pensyarah kanan fakulti berkenaan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.