Categories
NASIONAL

Rafizi: Takkan berjaya lawan BN dengan duit

SHAH ALAM, 21 NOV: KEADILAN menyifatkan cubaan melawan BN dengan duit tidak akan berjaya dan hanya kerja bodoh, kata Naib Presidennya, Rafizi Ramli.

“Soal duit tak menjadi pertimbangan dalam berpolitik. Saya tak tahu. Ini kali pertama saya dengar dakwaan ini.

“Kami belajar daripada awal lagi iaitu jika cuba nak melawan Umno dengan duit, itu kerja bodoh. Tak akan menang.

yb rafizi parlimen“Mana kami nak korek? Soal beli (ahli Parlimen BN) dan duit ini memang tak pernah menjadi sebahagian pertimbangan dalam KEADILAN,” katanya yang dipetik Sinar Online.

Pada 20 November lalu, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mendakwa Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali cuba membawa masuk RM8 bilion melalui Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan Investment (DEIG) untuk menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak, sekali gus memancing Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan.

Rafizi yang juga Setiausah Agung PKR, berkata BN boleh menawarkan 10 kali ganda daripada jumlah itu jika Pakatan menawarkan sejumlah wang kepada Ahli Parlimen mereka.

“Cuba bayangkan jika kami mempunyai duit nak beli (ahli Parlimen BN), satunya kami nak pergi beli itu yang sudah pasti akan kena tangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

undi-bn-end“Kemudian, jika kami tawarkan wang berkenaan tentu BN boleh beri 10 kali ganda lebih tinggi. Jadi, kita memang tak akan menang,” katanya.

Penasihat Khas PMSP, Ramesh Rao dalam dakwaannya selepas menyerahkan memorandum kepada wakil Mohamed Azmin, berkata dana berkenaan diperoleh melalui empat projek yang direka khas membabitkan Yayasan Selangor dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor (PKNS).

Katanya, maklumat yang diperoleh mendapati RM3 bilion dibawa melalui yayasan, manakala RM5 bilion pula dibawa melalui PKNS.

Leave a Reply

Your email address will not be published.