Categories
NASIONAL

Raja Muda Kedah mangkat

SHAH ALAM, 29 NOV : Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, 86, mangkat pada 1 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar akibat kegeringan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan jenazah Almarhum akan disembahyangkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit pada 1 tengah hari ini.

“Bendera negeri, persekutuan dan lain-lain hendaklah dikibarkan separuh tiang selama tiga hari mulai hari ini. Tempoh perkabungan adalah selama tujuh hari mulai hari ini. Dalam waktu tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan dibatalkan,” lapor Bernama.

Beliau berkata jenazah Almarhum akan disemayamkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir mulai pukul 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang.

Sementara penghormatan untuk orang kenamaan pula akan bermula pada pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang, sebelum jenazah dimakamkan di Makam Diraja Langgar pada pukul 4.45 petang.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.