Oleh : AFIX REDZUAN
PETALING JAYA, 27 NOV: Suasana perbahasan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) gamat seketika apabila perwakilan Sabah, Fandi Abdullah tampil dengan ucapan bersemangat membidas Barisan Nasional (BN) hingga menjadi punca negeri dibawah bayu itu ‘dilihat’ miskin.
Beliau mendakwa, kemiskinan dihadapi rakyat Sabah ekoran kegagalan sistem pemerintahan BN yang hanya mengutamakan kroni.
“Sabah tidak miskin tapi dimiskinkan dengan satu sistem dimana UMNO-BN mementingkan kaum kerabat.
“Kami tidak mahu UMNO di Sabah Tunggu PRU-14 ini janji anak muda Sabah, kami akan gembleng tenaga untuk hapuskan mereka,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh pemerhati.
Katanya, puluhan tahun BN di Sabah menyaksikan jurang kemiskinan di semakin lebar dan meningkat.
“Pemimpin UMNO tidak turun kelapangan. Apa sebenarnya keperluan Sabah? Mereka tahu hanya jaga kepentingan kroni di Sabah,” katanya.
-nR-