Categories
SELANGOR

124 pelajar cemerlang PSRA Selayang terima anugerah

Oleh: SYASYA SUFIAN

SELAYANG, 14 DIS: Seramai 7,000 atau 18.5 peratus daripada 37,826 calon peratus yang memperoleh pangkat Mumtaz (cemerlang) dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) di Selangor tahun ini menerima pujian.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, lebih membanggakan hampir separuh pelajar dari Selayang menyumbang kepada peningkatan itu.

IMG_0017“Kita dalam usaha menaik taraf tiga Maahad Tahfiz dengan peruntukan RM18 juta untuk menampung kemasukan pelajar tahun hadapan memandangkan sebelum ini penempatan kurang dari 3,000.

“Dalam masa yang sama Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM52 juta menaik taraf Maahad Integrasi Tahfiz Sains di Bagan Lalang, Sepang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas penyampaian Anugerah Cemerlang PSRA 2015 kepada 124 pelajar, sewaktu program persiapan Karnival Jelajah Tani, di sini, pada 12 Disember lalu.

Katanya, ia adalah perkembangan baik dengan pendekatan diberi Kerajaan Negeri dan swasta juga semakin banyak menyediakan peluang itu.

“Kita melihat permintaan sekolah agama semakin tinggi susulan sambutan ibu bapa terhadap pendidikan Islam yang menggalakkan.

“Tahun hadapan kita dalam usaha menyelesaikan permintaan sekolah agama semakin meningkat,” katanya.

Sehingga kini, Kerajaan Negeri sudah mewujudkan tiga Maahad Integrasi Tahfiz Sains.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.