Categories
NASIONAL

DAP: ‘Cash is king’ parah dalam Umno

Oleh; AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 9 DIS: Budaya ‘cash is king’ seperti didakwa Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggambarkan parti itu terus bergelumang dengan politk wang hingga mengakibatkan segelintir pemimpin mendiamkan diri berbanding mendedahkan kebenaran.

Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Ng Suee Lim berkata, budaya yang kian parah itu mengakibatkan pemimpin UMNO lebih ‘berminat’ menjaga kedudukan mereka berbanding mempertahankan hak rakyat.

ngsueelim“Kebenaran dalam pimpinan Datuk Seri Najib Razak sudah boleh diukur dengan tunai (wang) bagi menutup segala kebenaran dan perwakilan Majlis Tertinggi dikawal melalui ‘cash is king’.

“Dengan cara itu, pimpinan termasuk Majlis Tertinggi tidak akan bersuara walaupun ada perkara yang tidak kena berlaku dalam pentadbiran.

“Mereka akan tetap mendiamkan diri bukan kerana mempertahankan hak rakyat tetapi (demi) jawatan serta tembolok sendiri,” katanya kepada Selangor Kini ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa budaya ‘cash is king’ harus dielakkan dalam mentadbir kerajaan, di sini, hari ini.

ADUN Skinchan itu berkata, rakyat perlu bangkit menolak budaya politik tidak sihat termasuk ‘cash is king’ yang diamalkan Barisan Nasional (BN).

Muhyiddin sebelum ini lantang mengkritik kepimpinan Najib dalam skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion selepas digugurkan daripada kabinet.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.