Categories
SELANGOR

Exco Le Tour jelajah ke parlimen tahun depan

Oleh: HAFIZAN TAIB

KUALA SELANGOR, 6 DIS: Program Exco Le Tour akan diperluaskan ke peringkat Parlimen tahun hadapan bagi terus menyantuni dan menyumbang khidmat bakti kepada rakyat di Selangor.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata pendekatan sebegitu memudahkan Kerajaan Negeri menyebar luas informasi dan menawarkan segala program ditawarkan kepada masyarakat.

Katanya, program terbabit juga diharap menjadi acara tahunan demi manfaat masyarakat di seluruh Selangor.

AMIRUDIN“Kalau tahun ini kita pergi ke kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) maka kita akan melihat ke peringkat Parlimen untuk tahun hadapan.

“Ini kerana semakin banyak kita turun ke bawah, semakin dekat kita dengan rakyat dan rakyat akan lebih tahun apa ditawarkan Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini dalam program Exco Le Tour ke Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) di sini, hari ini.

Beliau berkata, kaedah membawa program kepada rakyat menjadikan hubungan lebih rapat di peringkat akar umbi.

Katanya, program terbabit akan diteruskan disemua daerah dan beliau berharap mampu menyelesaikannya pada 20 Disember ini.

“Program dijalankan di sini mendapat sambutan baik dengan program usahawan mencatakan penyertaan teramai membabitkan lebih 200 peserta,” katanya.

FIESTAR SMART SELANGORPelbagai acara dijalankan dalam program Fiestar SmartSelangor bermula 4 hingga 6 Disember antaranya pemeriksaan kesihatan, pameran produk dan jualan, Malam Bicara Ad Din, Aspirasi Kesenian, pertandingan masakan, street soccer, seminar keusahawanan dan cabutan bertuah.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.