Categories
SELANGOR

Exco Selangor khatankan 10 kanak-kanak secara percuma

Oleh: NAZLI IBRAHIM

HULU SELANGOR, 5 DIS: Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi hari ini mengkhatankan 10 orang kanak-kanak secara percuma di Hulu Bernam pagi tadi.

Dr Ahmad Yunus berkata, program itu dijalankan sempena program Karnival Kampungku Kesayanganku yang berlangsung selama dua hari di Masjid Ar-Rahman Hulu Bernam di sini.

Yunus-Hairi“Sebelum ini kita ada perkahwinan beramai-ramai tetapi kali ini kita ada berkhatan beramai-ramai pula,” kata Dr Ahmad Yunus kepada Selangor Kini hari ini.

Terdahulu, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Mohd Fauzi Mohd Yatim ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada perasmian program Karnival Kampungku Kesayanganku malam tadi menyifatkan 10 kanak-kanak terbabit sebagai bertuah kerana dikhatankan oleh seorang tokoh yang disegani masyarakat.

“Anak-anak ini bertuah kerana Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi sendiri yang akan mengkhatankan mereka dan semoga apabila dewasa nanti mereka akan menjadi seorang yang berguna kepada ibu bapa dan masyarakat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.