Categories
SELANGOR

Jalinan erat Istana -Kerajaan Negeri, ramuan utama keharmonian Selangor

Oleh : NORHAYATI UMOR

KLANG, 11 DIS: Masalah banjir di Seksyen 13, Puncak Alam dan beberapa kawasan terjejas akan berakhir apabila projek tebatan banjir siap akhir tahun depan atau selewat-lewatnya 2017.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, sebahagian masalah banjir yang sering melanda beberapa kawasan juga berjaya diatasi.

KHUSRIN“Susulan itu, kerajaan negeri sudah memberi kelulusan segera kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk melaksanakan projek- projek yang dicadangkan.

“Pekan Kajang dan lembangan Sungai Rasah iaitu Kampung Padang Jawa yang sering dilanda banjir setiap kali musim hujan tidak berdepan insiden tersebut kali ini ekoran pelaksanaan projek tebatan banjir yang dilaksanakan JPS ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Jamuan Teh Diraja Sempena Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke- 70 di Padang Mahkota, Istana Alam Shah.

Khusrin berkata, pencapaian terbabit adalah hasil kerjasama erat semua pihak terutama komitmen Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang telah memberikan sepenuh kepercayaan kepada pegawai kerajaan negeri.

MB & SULTAN“Keharmonian terjalin antara institusi istana, pimpinan politik dan pegawai kerajaan ialah ramuan cukup penting untuk terus diperkukuh dan dipertahankan bagi membolehkan pentadbiran kerajaan negeri dapat berjalan lancar.

“Didorong dengan pandangan Tuanku yang sentiasa terbuka menerima cadangan dan sikap Menteri Besar sangat menghargai pendapat dikemukakan pegawai kerajaan negeri memberi motivasi untuk kami terus bertungkus lumus memastikan setiap keputusan dapat diambil tindakan segera,” katanya.

Beliau berkata, perkara itulah sebenarnya diharapkan oleh setiap penjawat awam di Selangor untuk mereka memberikan perkhidmatan dengan hati terbuka serta ikhlas bagi memastikan setiap dasar ditetapkan kerajaan negeri dilaksanakan dengan sempurna.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.