Categories
SELANGOR

Kejohanan Bola Jaring Piala Dr Daroyah Alwi kesan tiga bakat baru

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 21 DIS: Sebanyak 30 pasukan dari seluruh Selangor menyertai Kejohanan Bola Jaring Terbuka Selangor Piala Dr Daroyah Alwi pada 20 Disember lalu.

Bertempat di Dewan Akademi Badminton Setia Alam, program anjuran Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Selangor itu bermula seawal jam 8.00 pagi.

DAROYAH - TAWASExco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata pertandingan itu diadakan bertujuan mengetengahkan bakat baru.

“Melalui pertandingan itu kita dapat mencungkil anak muda yang berpotensi. Kita juga berjaya mengenal pasti tiga pemain bola jaring untuk mewakili Selangor dalam Kejohanan SUKMA 2017,” katanya kepada Selangor Kini.

Penganjuran julung kali itu terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori dewasa dan kategori remaja bawah 21 tahun.

PIALA DAROYAH ALWIJohan dimenangi oleh Kumpulan Avatar dari Klang dengan membawa pulang wang bernilai RM3000 beserta trofi dan pingat dan Naib Johan dimenangi kumpulan Viking dari Shah Alam dengan membawa pulang wang bernilai RM2000 beserta pingat.

Manakala tempat ketiga adalah kumpulan dari Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dengan membawa pulang RM1,000 berserta pingat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.