Categories
SELANGOR

Komitmen pemain teguh bersama jurulatih

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 DIS: Pemain Selangor akan terus memberikan komitmen terbaik demi meneruskan kecemerlangan pasukan tidak kira siapa yang bakal menjadi jurulatih musim hadapan.

Ketua pasukan, Shahrom Kalam, berkata desas-desus pertukaran jurulatih sudah kedengaran sejak awal musim lagi, namun tumpuan terus diberikan sepenuhnya kepada misi mencapai kemenangan.

IMG_20151218_143305“Kami sebagai pemain tiada hak untuk menentukan siapa kerana ia tertakluk kepada pengurusan. Siapa juga jurulatih, kami akan memberikan komitmen,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Spekulasi pertukaran jurulatih kian hangat diperkatakan dengan pengendali Pahang, Zainal Abidin Hassan dijangka menggantikan tempat Mehmed Durakovic bagi menghadapi musim hadapan.

Shahrom berkata, pemain kini masih bercuti bagi meraikan kemenangan Piala Malaysia dan tarikh latihan untuk musim hadapan akan diumumkan kelak.

Menyentuh program Jelajah Piala Malaysia di seluruh Selangor, Shahrom mengharapkan peminat Red Giants dapat hadir bagi menyaksikan sendiri pemain dan piala lebih dekat.

IMG_20151218_144357“Saya harap peminat datang beramai-ramai bagi meraikan kemenangan Piala Malaysia,” katanya.

Jelajah Piala Malaysia bermula hari ini di perkarangan Stadium Mini Kuala Selangor diikuti Klang (19 Disember), Sepang dan Selayang (20 Disember).

Selangor berjaya merealisasikan Misi 33 selepas berjaya menewaskan Kedah 2-0 dalam perlawanan akhir, pada 12 Disember lalu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.