Categories
SELANGOR

Lahirkan modal insan pelajar berteras Al Quran

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 8 DIS: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berupaya melahirkan modal insan berteras Al Quran di kalangan pelajar Maahad Integrasi Tahfiz di Selangor.

Dalam kenyataannya, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan kepada JAIS menerusi Bahagian Pendidikan Islam dalam merealisasikan usaha murni berkenaan.

Tahfiz pelajar“Saya merasa syukur dan berbangga dengan iltizam dan komitmen pelajar yang berusaha gigih memastikan 30 juzuk Al-Quran dapat dihafal dengan jayanya.

“Diharap kalangan hafiz dan hafizah menjadi permata berharga bagi menjana Generasi Al-Quran yang ikhlas, bertakwa dan diredhai serta berperanan sebagai khalifah Allah di muka bumi,” katanya.

Wakilnya, Exco Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, menyampaikan sijil khatam Al-Quran kepada 114 pelajar dalam Majlis Graduasi Qurra’ Maahad Integrasi Tahfiz Selangor kali ke-3 1437H / 2015M di sini, semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 62 pelajar lelaki dari Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Kuala Langat, Klang dan Istana Shah Alam menerima sijil terbabit selain 52 pelajar perempuan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Kuala Langat dan Klang.

Pelajar TahfizSelain itu, lima pelajar lelaki dan tiga perempuan juga menerima sijil perakuan khatam Al-Quran serta dua pelajar lelaki dan perempuan anugerah khas Graduan MITS.

Turut hadir, Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.