Categories
SELANGOR

MB: Perpaduan perlu libat semua kaum

Oleh : AFEEQA AFEERA

KUALA SELANGOR, 19 DIS : Perpaduan negara tidak boleh berasaskan sesuatu kaum atau agama sahaja, sebaliknya perlu dilakukan secara menyeluruh.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohammed Azmin Ali, berkata perkara itu perlu dititikberatkan jika Malaysia mahu mencapai status negara maju dan rakyatnya mesti bersatu padu dalam segala aspek.

azmin“Kita mahu perpaduan semua rakyat Malaysia, soal perpaduan ini jangan diambil pertimbangan satu kaum sahaja.

“Jika Malaysia ingin maju, semua rakyat bersatu padu menyelamatkan negara dan ekonomi.

“Itu pendirian yang harus diambil semua pihak, jangan ambil sosok kaum kerana ia tidak membantu pembangunan kaum,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Selangor Agrofest di Kompleks Sukan Kuala Selangor, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon berkenaan perpaduan PAS dan UMNO terutama berkaitan hal ehwal Islam.

Pada masa sama, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN, enggan mengulas lanjut hubungan perpaduan itu sebaliknya menyerahkan kepada PAS untuk menjawab.

“Itu kena tanya (Presiden PAS, Datu Seri) Hadi Awang,” katanya.

Kesepaduan antara kedua parti itu muncul semula selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ‘menghulurkan tangan’ menjalinkan kerjasama semasa Perhimpunan Agung UMNO lalu.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.