Categories
SELANGOR

OKU terus dibantu pastikan hak dibela

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 15 DIS: Kerajaan Negeri komited menjaga kebajikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan memastikan kumpulan terbabit turut menikmati peluang dan ruang sama seperti mana pihak lain.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata segala akses itu wajar diberikan berikutan golongan terbabit juga adalah kumpulan yang menyumbang kepada pembangunan Selangor.

“Aksesibiliti, peluang pekerjaan, pendidikan dan kesihatan adalah isu yang sering dibangkitkan OKU yang mengalami anjakan paradigma daripada pendekatan berasaskan kebajikan kepada pendekatan berasaskan hak.

Konvensyen OKU“Sehubungan itu, Kerajaan Negeri komited dengan pendekatan ini dan penganjuran konvensyen  langkah menyelami isu OKU,” katanya dalam ucapan di Konvensyen Orang Kurang Upaya (OKU) Selangor 2015 di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Kebajikan Masyarakat Selangor, Zuhaimi Omar.

Beliau berkata, penganjuran konvensyen itu selaras dengan tema sambutan Hari OKU peringkat Selangor yang disambut pada 17 Disember ini iaitu Memberdayakan OKU Selangor.

Katanya, menyedari keperluan golongan terbabit, Kerajaan Negeri menaja seramai 20 pelajar OKU melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan kulinari pada tahun ini.

“Walaupun usaha ini mungkin dianggap kecil namun boleh membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada OKU lain dan juga keluarga mereka.

“Konvensyen ini juga diharap dapat memberi input kepada semua mengenai apa juga perkhidmatan dan kemudahan disediakan kerajaan dan agensi untuk OKU di Selangor khususnya,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.