Oleh: Dr Ahmad Yunus Hairi
Berikutan sambutan yang sangat menggalakkan pada tahun-tahun lepas, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor sekali lagi menganjurkan Program Daurah Remaja Islam (DAURAH) yang dibiayai sebahagian besarnya menggunakan peruntukan Tabung Amanah Pembangunan Islam Negeri Selangor (TAPIS).
DAURAH merupakan program tahunan yang diadakan selama seminggu di 30 lokasiberbeza termasuk masjid, surau dan agensi yang terpilih, dengan matlamat;
a. Menyediakan program bermanfaat dan terancang untuk remaja sempena cuti persekolahan,
b. Memantapkan kefahaman dan penghayatan ibadah, fardhu ain dan fardhu
kifayah,
c. Memantapkan sakhsiah remaja Islam Negeri Selangor, dan;
d. Membentuk akhlak rabbani di kalangan Remaja Muslim.
3. Pada tahun ini, TAPIS menyediakan peruntukan sebanyak RM 100,000.00 kepada 10 buah masjid yang terpilih, iaitu yang kurang berkemampuan melaksanakan program ini tetapi aktif menggerakkan kutipan TAPIS.
10 masjid ini adalah tambahan selain 30 lokasi yang dilaksanakan sebelum ini yang telah dan akan dilaksanakan bermula pada bulan November hingga hujung Disember 2015.
Kos keseluruhan bagi 30 lokasi yang dilaksanakan berjumlah RM 612,000.00 dengan menggunakan peruntukan dari Jabatan
Agama Islam Selangor, Lembaga Zakat Selangor dan selebihnya adalah sumbangan dari
lain-lain agensi.
Oleh yang demikian, bertepatan dengan fungsi TAPIS yang ditubuhkan
untuk membantu pengimarahan masjid, pemilihan ini juga merupakan penghargaan ke atas usaha masjid tersebut dalam membantu Kerajaan Negeri menjana dana tabung tersebut.
4. Masjid-masjid yang terpilih dibawah tajaan TAPIS ialah;
a. Masjid Jamiul Ehsani, Kampung Sijangkang, Kuala Langat
b. Masjid Bandar Baru Sungai Buloh, Petaling
c. Masjid Al-Azim, Hulu Langat
d. Masjid Saidina Ali, Hulu Selangor
e. Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Sepang
f. Masjid Kiyai Hj. Abdullah Omar, Klang
g. Masjid Ar-Ridhuan, Kuala Selangor
h. Masjid Batu Arang, Batu Arang, Gombak
i. Masjid Al-Fitrah, Kampung Banting, Sabak Bernam
j. Masjid Ma’muniah, Sungai Nipah, Sabak Bernam
4 NGO’i yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini adalah;
i. Badan Kebajikan Wanita Selangor (BAKEWANIS)
ii. Akademi Pendidik
iii. Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor.
iv. Gabungan Pendakwah Islam Selangor (GAPIS).
YB DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI
EXCO Kerajaan Negeri Selangor
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam,
Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi
Negeri Selangor