Categories
SELANGOR

Riadah Ahli Dewan Negeri Selangor bantu promosi pelancongan Sekinchan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SEKINCHAN, 18 DIS: Program riadah dan rekreasi Ahli Dewan Negeri Selangor (DNS) ke Sekichan mampu membantu mempromosikan produk pelancongan kawasan itu dalam juga luar negara.

Speaker DNS, Hannah Yeoh, berkata satu pengalaman menarik apabila Adun dan kakitangan dewan berpeluang melihat produk pelancongan yang terdapat di Selangor.

IMG_1191“Setiap tahun Dewan Negeri mengadakan program sukan antaranya bowling dan menembak. Namun, tahun ini berlainan sedikit apabila kita membawa Adun dan kakitangan ke Sekinchan.

“Ia selepas cadangan daripada Adun Sekinchan, Ng Suee Lim yang seringkali mempromosikan produk kawasannya dalam dewan,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, semalam.

Beliau berkata, maklum balas yang diterima daripada ahli dewan yang mahu program riadah itu diteruskan dan mencadangkan Kuala Kubu Bharu sebagai destinasi selepas ini.

“Sejak 2008 kita adakannya. Program riadah ini tidak memerlukan bajet tinggi kerana kita menggunakan perkhidmatan bas SUK, jadi ia memang menjimatkan kos,” katanya.

IMG_1579Dalam program itu, seramai 42 orang termasuk 11 Adun dan kakitangan DNS menyertai aktiviti riadah terbabit.

Program sehari itu membawa Adun dan kakitangan melawat ke beberapa kawasan menarik di Sekinchan antaranya Ah Maa House, Muzium Padi, restoran makanan eksotik, Wisma Masri yang mengeluarkan produk makanan industri kecil sederhana dan Hotel Antik.

Menariknya, setiap peserta berpeluang menaiki kereta antik dalam lawatan itu ke beberapa desitinasi dilawati.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.