Categories
NASIONAL

Ringgit ditutup tinggi RM4.29 berbanding dolar

KUALA LUMPUR 29 DIS: Ringgit kekal ditutup tinggi pada hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong belian dalam mata wang tempatan, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, unit tempatan itu berada pada 4.2900/2970 dari 4.2950/2020 semalam.

NILAI RINGGITPeniaga berkata, dolar diniagakan lebih rendah dalam tempoh satu minggu berbanding mata wang utama lain berikutan peniaga mengambil keuntungan menjelang akhir tahun.

“Kebanyakan mata wang Asia mengambil kesempatan daripada kelemahan data semasa dolar AS,” katanya dipetik BERNAMA.

Katanya, dalam tempoh jangka pendek, tidak akan berlaku sebarang spekulasi dalam situasi berkenaan.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain. Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0421/0488 daripada 3.0528/0582, semalam dan meningkat kepada 6.3844/3957 dari 6.4090/4207.

Bagaimanapun, berbanding yen, unit tempatan itu jatuh kepada 3.5631/5698 dari 3.5614/5675 dan lebih lemah kepada 4.7130/7211 dari 4.7112/7193 berbanding euro.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.