Categories
SELANGOR

Selangor bakal anjur Ketua Kampung terbaik 2016

Oleh: NAZLI IBRAHIM

HULU SELANGOR, 5 DIS: Selain meneruskan Anugerah Kampung Tradisi Terbaik, Kerajaan Negeri turut mengkaji mewujudkan Anugerah Ketua Kampung Terbaik sebagai menghargai dan mendorong golongan itu memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di kampung masing-masing.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata pihaknya akan mengkaji mekanisma permarkahan dan bidang yang perlu diberikan perhatian sebelum membuat sebarang keputusan.

Yunus-Hairi“Kita melihat perkara yang perlu diberi perhatian bagi memastikan ketua kampung memberikan perkhidmatan berkesan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Selangor Kini selepas merasmikan Karnival Kampungku Kesayanganku di Masjid Ar-Rahman Hulu Bernam di sini, malam tadi.

Sementara itu, ketika ditanya antara pembangunan yang akan dijalankan di Hulu Selangor, Dr Ahmad Yunus berkata, daerah paling utara itu berpotensi dibangunkan sebagai tempat tarikan pelancongan dibidang agrokultur.

HULU SELANGOR MAPS“Hulu Selangor mempunyai banyak kawasan yang memiliki keindahan semula jadi di samping pertanian menjadi salah satu sumber ekonomi terpenting di daerah itu.

“Sekirannya dibangunkan dengan betul, wilayah ini boleh menjadi destinasi tarikan pelancongan yang melibatkan agrokultur kepada orang luar,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.