Categories
KENYATAAN MEDIA

Selangor komited bantu golongan OKU

Oleh: Dr Daroyah Alwi

Adalah menjadi hasrat kerajaan negeri untuk mengumpulkan NGO, OKU dan mereka yang terlibat dengan OKU dalam satu ruang untuk mendapatkan input bagi membantu kerajaan negeri dalam menangani isu-isu OKU di Selangor.

Sesungguhnya golongan OKU ini merupakan salah satu kumpulan sasar jawatankuasa dan kebajikan OKU ini haruslah ditangani dalam memastikan mereka juga berhak untuk menikmati peluang dan ruang yang disediakan oleh kerajaan.

OKUPenganjuran konvensyen ini adalah selaras dengan tema Sambutan Hari OKU Peringkat Negeri Selangor yang akan disambut pada 17 Disember 2015 (Khamis), iaitu MEMBERDAYAKAN OKU SELANGOR, dimana kumpulan OKU, juga merupakan kumpulan yang menyumbang kepada pembangunan negeri Selangor, namun mereka perlu diberi ruang dan kemudahan untuk lebih menonjolkan diri dan potensi.

Kita sedar bahawa ketidakupayaan bukanlah semata-mata disebabkan oleh kefungsian individu yang terbatas, tetapi merangkumi kekurangan kemudahan yang disediakan yang menjadi penghalang penyertaan OKU dalam masyarakat.

Aksesibiliti, peluang pekerjaan, pendidikan dan kesihatan adalah isu yang sering dibangkitkan oleh OKU. Isu mengenai OKU telah mengalami anjakan paradigma daripada pendekatan berasaskan kebajikan (Charity-based approach) kepada pendekatan berasaskan hak (right based approach).

Sehubungan itu, kerajaan negeri komited dengan pendekatan ini dan penganjuran konvensyen adalah sebagai langkah dalam menyelami isu OKU.

Sebagai contoh dalam isu pendidikan, pada tahun ini kerajaan negeri telah menaja seramai 20 OKU masalah pembelajaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kulinari.

Diharapkan selepas mereka selesai atau tamat pengajian, kumpulan OKU ini dapat diterima bekerja dan seterusnya mereka dapat berdikari sendiri.

Untuk memberdayakan kumpulan OKU, sokongan ibu bapa, kemudahan pengangkutan, aksesibiliti di tempat kerja, penerimaan terbuka oleh pihak majikan dan sokongan sosial yang lain saling berkait rapat.

Konvensyen OKUContoh di atas adalah salah satu langkah atau inisiatif kerajaan dalam memberdayakan OKU di Selangor.

Kita percaya walaupun usaha ini mungkin dianggap kecil, namun boleh membuka lebih banyak ruang dan peluang lagi kepada OKU lain dan juga keluarga mereka.

Konvensyen ini juga menjadi salah satu platform menyampaikan input mengenai apa juga perkhidmatan dan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan dan agensi untuk OKU di Selangor khususnya.

YB DR DAROYAH ALWI
Exco Kebajikan Negeri Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published.