Categories
NASIONAL

Tambang bas sekolah dijangka naik tahun hadapan, GST antara punca

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 30 DIS: Kenaikan kadar tambang bas sekolah pada tahun hadapan dijangka tidak dapat dielakkan bagi menyerap kos operasi meningkat yang ditanggung pengusaha dan operator bas sekolah.

Presiden Persekutuan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM), Amali Munif Rahmat, berkata pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak April lalu mengakibatkan perkara itu dan ia mendatangkan kesan kepada mereka.

Katanya, mesyuarat persatuan pada 8 Disember lalu menyaksikan keluhan daripada pengusaha dan operator mengenainya ekoran peningkatan kos agak ketara sejak pelaksanaan GST.

AMALI MUNIF“Segala barang keperluan termasuk alat ganti kenderaan semuanya dikenakan GST maka ia meningkatkan kos.

“Ia agak ketara dan lebih terbeban apabila nilai mata wang turun kerana banyak alat ganti diimport daripada luar manakala kadar tambang ketika ini hanya menampung keperluan serta ia sekadar cukup makan untuk golongan ini,” katanya kepada Selangor Kini di sini, hari ini.

Berikutan itu, katanya, pengusaha bas sekolah mungkin terpaksa menaikkan sedikit kadar tambang untuk meraih keuntungan.

“Bagaimanapun, kita sarankan sekiranya boleh operator tidak menaikkan kadar tambang ia lebih baik kerana ibu bapa terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.

“Kalau boleh tidak naik bagus tetapi jika terpaksa maka ia perlu pada kadar minima,” katanya.

BAS SEKOLAHBerhubung pemberian subsidi, beliau berkata, permohonan PPPBSM sudah dibuat supaya operator diberikan keistimewaan berkaitan tambang dan bahan api untuk mengurangkan kos operasi.

“Sejak 2013 hingga sekarang yang dikatakan rasionalisasi subsidi itu adalah sebenarnya mengurangkan subsidi. Maksudnya kos ditanggung akan bertambah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.