Categories
SELANGOR

Terminal Bas Ekspress Seksyen 17 siap sepenuhnya Mac 2016

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 11 DIS: Pembinaan Terminal Bas Ekspress Seksyen 17 kini mencapai 85 peratus dan dijangka siap sepenuhnya Mac depan.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, berkata fokus MBSA memastikan stesen bas baru siap supaya dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

TERMINAL BAS SEKSYEN 17“Kita amat memerlukan sebuah stesen bas ekspress yang dilengkapi dengan semua prasarana bagi memudahkan pengguna,” katanya kepada pemberita, di sini, baru-baru ini.

Zaharin berkata, tiada keperluan untuk MBSA menaiktaraf stesen bas sementara di Seksyen 13 walaupun terdapat aduan daripada pengguna.

Katanya, hal itu kerana stesen bas itu hanya untuk digunakan sementara.

“Kami sedar terdapat banyak masalah termasuk kesesakan dan kerosakan jalan.

“Apa yang boleh dilakukan, kita akan menampal jalan yang berlubang,” katanya.

Terminal bas ekspress Seksyen 17 sepatutnya siap hujung bulan ini namun tergendala ekoran kegagalan kontraktor mengikut perjanjian yang ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.