Categories
SELANGOR

Urusan cek pemenang Hadiah Sastera Selangorkini di peringkat akhir

SHAH ALAM 24 DIS: Pihak penganjur sedang menyiapkan urusan akhir penyediaan cek kepada pemenang Hadiah Sastera Selangorkini 2015.

Ketua Urusetia Hadiah Sastera Selangorkini, Mazir Ibrahim, berkata penyediaan hadiah itu memerlukan sedikit masa memandangkan beberapa prosedur dan tatacara kewangan yang perlu dipatuhi.

Skini“Ingin saya ulangi sekali lagi kenyataan dibuat YB Amirudin Shari minggu lepas seperti mana yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini, bahawa pihak penganjur sedang menyiapkan urusan akhir penyediaan cek tersebut untuk semua pemenang dan juri.

“Seperti mana yang saya nyatakan sebelum ini proses ini akan diselesaikan secepat mungkin sebelum tahun ini berakhir,” kata Mazir dalam kenyataan media.

Beliau berkata demikian merujuk kepada isu Hadiah Sastera Selangorkini 2015 seperti mana yang tersiar di Malaysiakini bertajuk “Keluhan Hampa 3 Juara.”

Katanya beliau juga sudah memaklumkan kepada semua pemenang semua cek mereka akan diserahkan sebaik siap.

“Kami agak hairan kenapa isu ini dibangkitkan di media sedangkan pemenang boleh menghubungi pihak urusetia.

“Bagaimanapun, saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.