Categories
SELANGOR

Wak Lan pasang impian sarung jersi Malaysia

Oleh : AFIX REDZUAN

SELAYANG, 20 DIS: Selepas beraksi cemerlang sepanjang musim 2015, Norazlan Razali meletakkan sasaran menyarung jersi penjaga gol Kebangsaan disamping membantu Selangor meraih lebih banyak kejayaan musim 2016.

Meskipun bakal bersaing dengan bekas penjaga gol Pahang, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, namun beliau bersedia merebut tempat selaku penjaga gol utama Selangor secara sihat.

WAK LAN (2)“Kehadiran pemain dari Pahang akan menyuntik semangat kami untuk bekerjasama memantapkan pasukan Selangor,” katanya kepada Selangor Kini.

Lebih sinonim dengan gelaran ‘Wak Lan’ dalam kalangan penyokong, beliau berwaspada dengan tekanan menghadapi musim hadapan tambahan Red Giants akan beraksi di Piala AFC selain mempertahankan Piala Malaysia.

Katanya, pemain akan cuba memperbaiki kelemahan yang ada dan meningkatkan kecergasan untuk menghadapi musim 2016.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.