Categories
SELANGOR

Ajak Shiro: Pertama kali jayakan ambang tahun baru bersongkok, tahniah Selangor!

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 1 JAN: Pelawak terkenal, Ajak Shiro mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Selangor atas kejayaan menganjurkan sambutan ambang tahun baru dengan konsep santai, bercorakkan keilmuan dan diselang-selikan dengan hiburan lawak jenaka.

Kata beliau, pengalaman kali pertama terlibat dengan program Santai GeMS (Generasi Idaman Selangor) Ambang Tahun 2016 kali ini amat berbeza dengan sambutan ambang tahun baru yang pernah disertainya sebelum ini.

AJAK“Ini adalah program yang sangat bagus, kita menyambut tahun baru dengan program ilmuan dan pada masa sama kita dapat bersantai bersama keluarga.

“Dalam sejarah hidup saya inilah kali pertama buat persembahan tahun baru dengan bersongkok. Santai GeMS ini harus dikekalkan sebab kita dapat tengok ribuan orang bersesak yang saya tak tahu berapa nak anggarkan tetapi yang pastinya kebanyakkan mereka adalah anak muda,” kata Ajak kepada Selangor Kini.

Sementara itu, Abam Bocey pula menyifatkan program seumpama ini perlu diteruskan kerana mampu menjadi alternatif untuk anak muda yang cenderung kepada golongan anak muda yang dahagakan program keilmuan bersulam hiburan berbanding program bercorak lebih kebaratan.

ABAM“Program malam ini adalah sesuatu yang baru bagi saya kerana kita menyambut tahun baru dengan cara yang lebih berfaedah dan bukan dengan cara barat tetapi cara yang menonjolkan program Islamik.

“Saya teruja kerana dijemput menyertai program yang ada lawak jenaka berlandaskan Islam. Perlu dikerapkan,” kata Abam pula.

SANTAI GEMSSelain Ajak dan Abam, turut menjayakan sambutan yang dihadiri lebih 7,000 hadirin ini, Shahrul Shiro, Yana Shamsudin, Afdlin Shauki, Diana Amir dan penceramah agama terkenal seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Haslin Bollywood, Ustaz Mohd Jaafarudin Md Ali dan Ustaz Abdullah Khairi.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.