Categories
NASIONAL

DAP perlu bangkit atasi persepsi negatif di kalangan Melayu

SHAH ALAM 11 JAN : Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) sebuah badan di bawah Kerajaan Selangor, yang menyatakan kira-kira 70 peratus Melayu tidak senang dengan DAP adalah ‘wake-up call’ untuk pemimpin DAP dan ahlinya mengatasi persepsi itu secara serius.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata persepsi negatif itu memerlukan tindakan segara pimpinan dan penyokong DAP agar tidak mengambil mudah kajian dijalankan IDE.

DAP logo 01Dalam kajian dilakukan IDE antara 13 – 15 November 2015 melibatkan 1,716 responden Melayu di Selangor menunjukkan dua pertiga (72 peratus) bersetuju DAP adalah parti perkauman yang hanya melihat kepada kepentingan masyarakat Cina.

Hanya 12 peratus tidak setuju manakala 16 peratus menyatakan mereka ‘tidak pasti’.

Kit Siang berkata DAP adalah parti untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan negeri.

Katanya, sepanjang sejarah negara selama 58 tahun parti itu memperjuangkan nasib semua kaum termasuk apa yang dibuktikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dipenjara di Kajang kerana mempertahankan hak dan maruah anak perempuan Melayu dalam satu kes di Melaka.

“Adakah ada pemimpin Umno, MCA, MIC atau Gerakan memperjuangkan hak mengatasi sempadan bangsa dan agama dalam tempoh enam dekad untuk memperjuangkan nasib yang berbeza agama dan bangsa,” katanya dalam kenyataan media.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.