Categories
SELANGOR

Gred Purata STAM Selangor meningkat

SHAH ALAM 21 JAN: Gred Purata Nasional (GPN) keputusan pencapaian calon peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2015 bagi Selangor meningkat 0.11 mata iaitu 2.33 berbanding 2.44 pada 2014

Pengarah Pelajaran Negeri, Zainureen Mohd Noor, berkata berkata 89 calon memperoleh keputusan Mumtaz.

STAM1Katanya manakala 236 Jayyid Jiddan (sangat baik), 149 Jayyid (baik) dan 21 calon Maqbul (lulus) daripada 526 pelajar yang menduduki peperiksaan itu.

Sejumlah 4,211 atau 67.8 peratus daripada 6,213 calon yang menduduki peperiksaan STAM 2015 seluruh negara mendapat sekurang-kurangnya sijil pangkat maqbul (lulus), antara keputusan terbaik sejak diperkenalkan pada 2000.

Sebelum ini, Pengarah Lembaga Peperiksaan, Datin Nawal Salleh, berkata keputusan itu meningkat 4.5 peratus atau 388 calon berbanding 3,823 calon pada 2014.

Sejumlah 444 calon memperoleh sijil pangkat mumtaz (cemerlang), meningkat 1.6 peratus atau 113 calon berbanding 331 calon pada tahun sebelumnya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.