Categories
SELANGOR

Hujan batu landa Shah Alam

SHAH ALAM, 22 JAN: Penduduk sekitar Bukit Jelutong, di sini, gempar apabila hujan batu melanda kawasan itu kira-kira 10 minit, petang ini, lapor BH Online.

Kejadian jam 4.30 petang itu mengundang panik dalam kalangan orang ramai apabila ada yang mengalihkan kenderaan bagi mengelakkan cermin pecah ditimpa hujan batu sebesar syiling 20 sen.

hujan batu 1Hujan batu itu turut menarik perhatian orang  ramai apabila ada yang mengutip serta mengambil gambar ketulan ais.

Kejadian itu menerima reaksi pelbagai daripada netizen yang kini tersebar di Facebook dan Twitter.

Selain teruja, orang ramai turut pelik dengan fenomena semula jadi itu ekoran cuaca panas hari ini.

Suhu di Shah Alam sekitar 2 petang tadi mencecah hingga 33 darjah Celsius, dan suhu sewaktu hujan turun sekitar 4 petang masih setinggi 31 darjah Celsius, mengikut laman cuaca weather.com.

-AA-

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.