Categories
SELANGOR

Jadikan UNISEL pusat kajian bebas rujukan global

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 JAN: Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berhasrat menjadikan universiti itu mempunyai pusat kajian bebas yang memiliki kredibiliti sekaligus menjadi pusat rujukan pengkaji lain dalam dan luar negara.

Dr Mohamad Redzuan berkata, pusat kajian itu kelak mampu mendapat kepercayaan semua pihak apabila kajian dijalankan nanti bersifat akademi dan bukan memihak kepada mana-mana parti politik.

Unisel-Grafik“Maksudnya, kalau ada pusat kajian antarabangsa nak kaji politik di Malaysia mereka boleh datang ke UNISEL sebab mereka tak percaya kajian selain dikeluarkan universiti. Itu sebabnya kajian UMCEDEL dianggap ada kredibiliti.

“Saya akan jadikan pusat ini bebas, yang secara jelasnya bersifat akademi dan bukannya memihak kepada parti politik dan dengan cara begini pusat ini mendapat kredibiliti, diiktiraf dalam negeri dan antarabangsa,” kata Dr Mohamad Redzuan kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad di Pejabat Naib Canselor, UNISEL di sini pada 10 Januari lalu.

Katanya lagi, pada masa ini beliau hanya menjalankan kaji selidik disegi sosial, politik dan ekonomi bagi membantu Kerajaan Negeri merangka atau menambahbaik dasar untuk kesejahteraan rakyat.

Tambah Redzuan, Kerajaan Negeri mampu memanfaatkan kelebihannya memiliki universiti berbanding kerajaan negeri lain dengan mengadakan kajian akademi bagi membantu meningkatkan prestasi perkhidmatan kepada rakyat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.