Categories
SELANGOR

JAIS: Keputusan SMA dan SMATQ cemerlang

Oleh: HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 14 JAN: Keputusan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Menengah Agama Tahifz Al Quran (SMATQ) di Selangor tahun lalu dianggap cemerlang berikutan pertambahan calon mendudukinya.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim, berkata biarpun mencatatkan penurunan 0.08 peratus tetapi secara keseluruhannya adalah baik berikutan jumlah calon meningkat.

HARIS JAIS“Saya rasa kejatuhan ini dari segi angka sahaja tetapi jumlah tinggi kerana pelajar mendudukinya semakin ramai.

“Keseluruhan analisanya keputusan amat baik dan cemerlang,” katanya kepada media.

Haris berkata demikian selepas majlis pengisytiharan keputusan peperiksaan SMA dan SMATQ di sini, hari ini.

Seramai 3,585 pelajar menduduki peperiksaan SMA tahun lalu berbanding 3,314 pada 2014 dengan peningkatan 271 calon di mana keputusan dicatat adalah 94.4 peratus iaitu turun 0.08 peratus berbanding 95.2 peratus pada 2014.

Manakala 107 calon menduduki SMATQ tahun lalu dengan catat lulus 100 peratus.

Beliau berkata, jumlah pelajar bertambah adalah petanda baik terhadap sistem pendidikan agama di Selangor.

SEKOLAH JAIS“Permohonan ke sekolah menengah agama ini bergantung kepada kekosongan kerana kita mempunyai 23 sekolah menengah agama dan empat maahad tahfiz.

“Setakat ini semua sekolah ini hanya mampu menempatkan lebih kurang 4,000 pelajar sedangkan yang memohon lebih dari itu,” katanya.

Permintaan tinggi itu, katanya, adalah cabaran bagi Jais dalam menyediakan pendidikan aliran agama di Selangor.

“Ia juga kesedaran di kalangan ibu bapa terhadap pendidikan agama untuk anak mereka,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.