Categories
SELANGOR

Kebajikan pekerja keutamaan wujud suasana kerja cekap

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 JAN: Kebajikan pekerja menjadi keutamaan Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi mewujudkan suasana kerja cekap dan berdaya maju serta mesra pelanggan.

Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin, berkata hubungan erat antara kakitangan dan pegawai menyumbang kepada kejayaan organisasi.

MPK YasidKatanya, setiap kakitangan mempunyai peranan tersendiri dan jika dilaksanakan bersungguh-sungguh ia mendatangkan kejayaan seterusnya memberi kepuasan kepada warga setempat.

“Matlamat saya ingin melihat Klang menjadi lokasi sentiasa diingati hasil kesungguhan kita memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

“Seterusnya mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selesa untuk didiami,” katanya pada Perhimpunan Khas MPK di Dewan Hamzah.

Hadir sama pada majlis itu adalah Orang Besar Daerah Klang, Datuk Abdul Ghani Pateh Akhir, Setiausaha MPK, Adi Faizal Ahmad Tarmizi, ketua jabatan, pegawai dan kakitangan terlibat.

Sementara itu, Setiausaha MPK yang baru dilantik, Adi Faizal mengajak semua warga MPK memupuk budaya kerja cemerlang dengan menerapkan nilai positif terutama kejujuran melaksanakan tanggungjawab.

Majlis menandatangani ikrar integriti oleh ketuajabatan turut diadakan sambil disaksikan Mohamad Yasid dan wakil Unit Integriti Setiausaha Kerajaan Negeri serta bacaan ikrar diketuai Adi Faizal.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.