Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri terbuka idea pusat kajian bebas UNISEL

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 JAN: Kerajaan Negeri terbuka dengan sebarang kajian akademi yang tidak memihak kepada mana-mana pihak termasuk Kerajaan Selangor sendiri.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata kajian akademi yang boleh membantu Kerajaan Negeri dialu-alukan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan bagi membantu rakyat.

NC unisel baru“Kita bersifat terbuka dan mengalu-alukan kepakaran yang ada untuk membantu Kerajaan Negeri dalam melakar dasar untuk Selangor,” kata Nik Nazmi kepada SelangorKini pada 11 Januari lalu.

Terdahulu, Naib Canselor UNISEL, Dr Mohammad Redzuan memberitahu, UNISEL akan menjalankan kaji selidik bagi membantu Kerajaan Negeri membentuk dasar untuk rakyat.

Selain itu, bagi jangka masa panjang beliau juga menyatakan hasrat untuk menubuhkan pusat kajian bebas untuk menjalankan kaji selidik dalam isu sosial, politik dan ekonomi.

Katanya, pusat kajian bebas itu perlu tidak cenderung terhadap mana-mana pihak bagi memastikan kredibiliti kajian yang dikeluarkan sekaligus mendapat kepercayaan semua pihak termasuk pengkaji antarbangsa.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.