Categories
SELANGOR

“Lebih baik Selangor tadbir Putrajaya” – MB

Oleh: NAZLI IBRAHIM

HULU SELANGOR, 22 JAN: Kerajaan Negeri mengalu-alukan langkah Kerajaan Persekutuan dan beberapa negeri lain yang mula mencontohi Selangor dalam melaksanakan program kesahteraan rakyat.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata antara program Kerajaan Negeri yang menjadi ikutan termasuklah pelaksanaan rumah mampu milik.

MOHAMED AZMIN“Minggu lepas saya gembira Perak menegur pemaju besar di sana jangan bina rumah mahal tetapi tumpu rumah mampu milik kerana rumah mahal ini hanya mampu tengok sahaja.

“Johor juga hendak ikut Selangor beri bas percuma kepada rakyat. Johor dan Perak sudah ikut, kalau begini lebih baik Selangor ke Putrajaya sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah kepada 139 peneroka Felda Sungai Tengi Selatan di sini, hari ini.

Pada masa sama, katanya, Kerajaan Negeri mampu memastikan setiap sen pendapatan disalurkan kepada pelbagai program bantuan dan pembangunan untuk rakyat.

Katanya, ia susulan kawalan ketat pentadbiran Kerajaan Negeri yang mengekang kebocoran, ketirisan, rasuah dan penyelewengan daripada berlaku.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.