Categories
SELANGOR

LZS sumbang RM5,000 bantu Madrasah Tahfiz Al-Redzuan

Oleh : AFEEQA AFERA

SHAH ALAM, 22 JAN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyumbang RM5,000 kepada Madrasah Tahfiz Al-Redzuan di Kampung Dato Ahmad Razali, Dengkil yang terbakar Isnin lalu.

LZS dalam satu paparan di Facebook berkata, bantuan itu bagi meringankan beban pihak madrasah menyediakan penempatan sementara bagi pelajar.

madrasah 1“Dimaklumkan juga bangunan terlibat kebakaran dibina pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) kira-kira 10 tahun lalu.

“Melihat keadaan dan keperluan mereka, LZS akan menyalurkan sumbangan RM5,000 bagi membantu pihak asrama bergantung kepada kelayakan,” katanya.

Dalam kejadian pada 18 Januari lalu, bangunan dua tingkat yang menempatkan asrama dan dewan makan pelajar madrasah berkenaan terbakar.

Ekoran itu, sejumlah 30 pelajar hilang tempat tinggal dan terpaksa tidur di masjid berhampiran sementara menunggu bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.