Categories
NASIONAL

Mahasiswa belanja RM5 sehari, kerajaan patut cari penyelesaian

SHAH ALAM 14 JAN: Kerajaan perlu mengambil serius isu kesengsaraan pelajar universiti apabila ada yang berbekalkan RM5 sehari dengan memastikan mereka disediakan makanan secukupnya.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, berkata beliau musykil apabila Khairy Jamaluddin membuat kesimpulan daripada isu kelaparan ini bahawa “pelajar tidak pandai mengurus kewangan mereka”.

Katanya, Khairy sebagai graduan Oxford, mana mungkin beliau boleh memahami penderitaan dihadapi pelajar universiti tempatan.

suspended-meal“Kita seharusnya mengambil langkah penjagaan baik terhadap pelajar ini dan tidak boleh membiarkan mereka kebuluran serta perlu ada penyediaan makanan seimbang buat mereka.

“Tidak boleh sama sekali membiarkan mereka bergantung hidup hanya makan mee segera dan roti sebagai makanan harian yang tidak memberikan nutrien mencukupi,” kata Zuraidah dalam kenyataan media.

Beliau berkata Khairy mengatakan seolah-olah itu perkara baru baginya sedangkan permasalahan kemiskinan pelajar sudah lama berlaku dan bertambah buruk sekarang.

“Berapa ramai pelajar kita yang dapat menampung kos kehidupan mereka dengan kenaikan harga barang dilaksanakan kerajaan?.

“Pada ketika rakyat bergelut dengan kos kehidupan semakin menekan dengan perlaksanaan GST khususnya, maka tidak hairan pelajar menjadi mangsa golongan paling menderita,” katanya.

Beliau berkata kerajaan digesa komited dan serius menangani masalah itu dengan membantu pelajar memerlukan supaya generasi muda masa akan datang dijaga dengan baik.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.