Categories
SELANGOR

MB: Perkukuh kerjasama atasi ancaman keganasan

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 JAN: Kerajaan Selangor berbincang bersama Polis dari semasa ke semasa untuk mencari langkah terbaik membendung jenayah termasuk perkembangan militan IS yang dilihat cuba menggugat negara.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kepelbagaian rakyat yang ada di negeri itu bukan alasan untuk bertindak ekstrem demi kepentingan pihak tertentu.

POLISKatanya masyarakat perlu menerapkan konsep keharmonian yang boleh dipupuk melalui kesederhanaan dan keadilan.

“Kita sentiasa ada rundingan dan berbincang dengan Polis. Tapi lebih pada konteks nak tangani jenayah.

“Kerajaan Negeri pastinya bersedia untuk bekerjasama dengan Polis supaya peranan kita dapat dimanfaatkan dalam konteks menjaga keamanan dan kemakmuran negeri,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan Awam Negeri Selangor.

Katanya, Kerajaan Negeri menerusi Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) boleh memperkukuh pendidikan mengenai perpaduan melalui penganjuran seminar berkaitan konsep kesederhanaan dan keadilan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.