Categories
SELANGOR

MB: Pertukaran jurulatih kembalikan kegemilangan Red Giants

OLEH: AFIX REDZUAN

HULU KLANG, 2 JAN: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan pertukaran jurulatih Selangor adalah perkara biasa untuk mengembalikan dan meneruskan kecemerlangan pasukan.

Katanya, Kerajaan Negeri memberikan tumpuan khas kepada sukan bola sepak sejak setahun lalu dan ia sudah membawa impak positif hingga berjaya menjulang Piala Malaysia musim 2015.

ZAINAL RED GIANTS“Memang ada perbincangan lama untuk melihat bagaimana Selangor dapat meningkatkan semula kegemilangan bola sepak.

“Alhamdulillah kita berjaya merampas Piala Malaysia setelah 10 tahun. Kesungguhan ini perlu diteruskan kerana bola sepak adalah sukan rakyat yang melibatkan semua di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang melantik bekas jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan bagi menggantikan Mehmet Durakovic.

Zainal Abidin Hassan bakal membimbing The Red Giants bagi tempoh kontrak dua tahun.

Perlantikannya dibuat setelah mengambil kira pengalaman dan pencapaian beliau selaku jurulatih sejak hampir 14 tahun yang lalu.

Zainal Abidin Hassan memulakan tugas rasmi dan mengemudi latihan pasukan bermula 5 Januari ini.

Kehadiran beliau juga diharap dapat meningkatkan prestasi dan keupayaan kem kejurulatihan Selangor bagi menghadapi musim 2016 yang mencabar.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.