Categories
NASIONAL

Ong Kim Swee jurulatih baru Harimau Malaya

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 JAN: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melantik Datuk Ong Kim Swee sebagai jurulatih pasukan bolasepak kebangsaan dengan tawaran kontrak selama dua tahun.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas FAM, Datuk Mokhtar Ahmad dalam satu sidang media di Wisma FAM.

Ong Kim SweeKim Swee sebelum ini diamanahkan membimbing skuad Harimau Malaya buat sementara waktu sebanyak dua kali selepas pengendali, Datuk K Rajagobal dan Dollah Salleh melepaskan jawatan masing-masing pada 2013 dan 2015.

Rekod jurulatih itu agak memberangsangkan susulan kejayaan pertama skuad kebangsaan mengutip tiga mata penuh menewaskan Timor Leste hasil kemenangan tipis 1-0 dalam kelayakan Piala Dunia 2018.

Pencapaian baik juga ditunjukkan Kim Swee ketika tewas tipis 1-2 kepada Arab Saudi dan UAE, sebelum berdepan kekalahan 6-0 kepada Palestin di Amman, Jordan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.