Categories
SELANGOR

Paip pecah ganggu bekalan air di Shah Alam

Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 22 JAN: Beberapa kawasan di Shah Alam mengalami gangguan bekalan air susulan paip pecah berhampiran Kilang Carlsberg, Persiaran Selangor, Seksyen 15.

Ketua Komunikasi Korporat, Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata kawasan itu adalah Seksyen 21, Seksyen 26, Seksyen 25, Kampung Kebun Bunga, Subang Mas Batu 3, Batu 8 Bukit Kemuning, Kampung Lombong, UEP dan USJ Subang, Seksyen 32, Putra Heights, Kampung Jawa, Kolam Putra Height 2, Kolam Subang Mas dan Kolam Ebor.

63c8b68a-4d77-42ef-9315-88453630e167Selain itu, ia turut melibatkan Seksyen 22, Seksyen 27, Seksyen 28, Kampung Baru Hicom, Batu 3 Shah Alam, Bukit Naga, Jalan Kebun, Kampung Bukit Lanchong, Seksyen 33, Bandar Putra, Kolam Axis 25, Kolam Lembayung dan Kolam Kemuning Utama.

“Sebatang paip air berdiameter besar di tebing sungai berhampiran Kilang Carlsberg, Persiaran Selangor, Section 15, Shah Alam sedang diperbaiki.

“Segala usaha sedang dilaksanakan untuk mempercepatkan kerja-kerja pembaikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja-kerja pembaikan ini melalui aplikasi telefon bimbit pintar ‘mySYABAS’ dan www.syabas.com.my.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.