Categories
SELANGOR

Peniaga kios kopi ambang 2016 laris

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 1 JAN: Empat gerai peserta kursus Program Industri Komuniti Kampung (Jangka Sederhana) yang turut membuka perniagaan masing-masing pada program Santai GeMS (Generasi Indaman Selangor) Ambang 2016 di Dataran Kemerdekaan di sini mendapat sambutan hangat pengunjung.

Tinjauan SelangorKini di gerai terbabit mendapati, empat peserta yang mengusahakan perniagaan kios kopi tidak menang tangan melayani pesanan pelanggan.

KOPI UMMPH 1Menurut salah seorang peniaga terbabit, Rohana Buang, minuman berasaskan kopi yang diusahakan bukanlah kopi campuran biasa yang terdapat di pasaran tetapi adalah kopi asli yang diproses seperti yang digunakan dikebanyakkan restoren kopitiam.

“Berbeza dengan kopitiam, kami menawarkan harga yang jauh lebih rendah, RM4 sahaja tetapi kalau di kopitiam paling kurang pun RM6 atau RM7 dan ada juga yang menjangkau sehingga lebih RM10,” kata Rohana.

KOPI UMMPHSepanjang SelangorKini berada di gerai terbabit, SelangorKini mendapati antara minuman yang paling mendapat banyak permintaan adalah ‘Iced Cappuccino Ummph’.

Selain Cappuccino Ummph, kios kopi itu turut menyediakan pelbagai variasi minuman kopi lain seperti, Iced Latte Ummph, Iced Chocalate Ummph, Iced Mocha Ummph, Hazel Nut Iced Cofee Ummph dan banyak lagi.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.