Categories
SELANGOR

Red Giants cari ruang perbaiki kekurangan

Oleh : HAFIZAN TAIB

SELAYANG, 20 JAN: Kemenangan pasukan Selangor ke atas Sarawak dianggap Zainal Abidin Hassan sebagai permulaan baik, namun perlu diperkemaskan.

Katanya, beliau berpuas hati terhadap peningkatan persefahaman pemain dan yakin pasukan itu mempunyai ruang untuk membaiki kekurangan dalam perlawanan seterusnya.

Zainal abidin“Saya meneliti setiap pemain dengan kelebihan dimiliki untuk digunakan sepenuhnya dan saya nampak mereka cuba menunjukkan kualiti sebenar dan mencipta banyak peluang.

“Ini yang saya inginkan namun masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki,” kata ketua jurulatih The Red Giant itu kepada media selepas perlawanan persahabatan pramusim menentang Sarawak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.

Dalam perlawanan itu, Selangor beroleh kemenangan 2 – 0 menerusi jaringan Patrick Ronaldinho Wleh pada minit 61 dan Hafiz Kamal (minit 64).

Pada masa sama, beliau berkata, gandingan beberapa pemain seperti Hafiz dan Nazmi Faiz mampu menimbulkan ‘masalah’ kepada pasukan lawan.

stadium selayangKatanya, gandingan dua pemain import baharu, Mauro Andres Olivi dan Ronaldinho juga akan terus diperkemaskan bagi menambah bisa di bahagian hadapan pasukan.

“Saya nampak mereka belum serasi tetapi kedua-duanya mempunyai kredibiliti dan mereka akan digabungkan lebih lagi.

“Bagaimanapun mereka cepat menyesuaikan diri dalam pasukan,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.