Categories
SELANGOR

Red Giants jalani kursus mantap pasukan

OLEH: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 23 JAN: The Red Giants mengadakan program ‘team building’ di Janda Baik, Pahang, bagi memantapkan persiapan menghadapi saingan Liga Super musim ini.

Skuad bimbingan ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan, berkampung di sana tiga hari bermula semalam hingga esok.

team01Pelbagai aktiviti perlu ditempuhi pemain antaranya keseimbangan kesihatan, pembinaan sinergi berpasukan dan ‘teamwork that works’.

Program terbabit bagi membentuk jati diri pemain selain meningkatkan motivasi ke arah semangat kerjasama berpasukan mantap.

Seperti mana pasukan lain, juara Piala Malaysia musim lalu itu kini terbabit dalam beberapa perlawanan persahabatan pra musim.

Selepas menewaskan Sarawak 2 – 0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, minggu lalu, Selangor bakal berdepan Kuala Lumpur di venue sama pada 26 Januari dan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya Pulau Pinang (29 Januari).

Skuad Merah Kuning seterusnya akan mengadakan perlawanan menentang beberapa kelab di Bangkok, Thailand mulai 30 Januari hingga 2 Februari.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.