Categories
SELANGOR

400 peserta meriahkan Kayuhan Hijau MPSJ

Oleh: SYASYA SUFIAN

SUBANG JAYA, 23 JAN: Seramai 400 peserta menyertai Kayuhan ‘Green Ride’ Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2016 bersempena Majlis Upacara Pecah Tanah Bagi Taman Rekreasi Putra Heights.

Program berbentuk santai itu diadakan secara terbuka dan percuma kepada individu yang berumur 15 tahun ke atas.

Peserta terdiri daripada masyarakat di kawasan sekitar Putra Height, Subang Jaya termasuk dari Kuala lumpur dan Melaka.

MPSJObjek program itu diadakan bagi menerapkan gaya hidup sihat di kalangan komuniti Perbandaran Subang Jaya melalui aktiviti sukan ringan seperti kayuhan basikal secara berkumpulan dan berkeluarga.

Upacara pelepasan disempurnakan Yang Dipertuan MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, Pengarah Urusan Sime Darby Property Berhad, Datuk IR Jauhari Hamidi, Pengarah Urusan B&G Property Sdn. Bhd, Datuk Danny Goh Meng Keong dan Presiden Malaysia Institute of Planner (MIP), Md Nazri Mohd Noordin.

Disamping itu, turut diadakan aktiviti sampingan seperti pertandingan mewarna bagi kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.