Categories
NASIONAL

TI: Indeks Persepsi Rasuah Malaysia jatuh 4 mata, tangga ke-54

OLEH : MOHD EZLI MASHUT

KUALA LUMPUR 27 JAN: Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah 2015 dunia menurun sebanyak empat mata kepada 54, berbanding 50 pada 2014.

Transperancy International (TI) dalam laporan dikeluarkan hari ini meletakkan Malaysia di belakang negara membangun seperti Bhutan (27), Bostwana (28), Jordan (45), Namibia (45) dan Rwanda (44).

SKOR TIKedudukan negara juga jatuh dua mata kepada 50 pada 2015 daripada 52 pada 2014.

Malaysia juga termasuk dalam senarai negara yang mempunyai skor menurun tetapi masih kedua tertinggi di Asia Tenggara.

Negara-negara lain yang skornya turut merosot di rantau ini ialah Filipina, Jepun dan Hong Kong.

Dikedudukan pertama di dunia adalah Denmark (91 mata) diikuti kedua, Finland (90 mata) dan ketiga, Sweden (89) mata.

Negara jiran, Singapura di kedudukan kelapan dengan (85 mata),Thailand dikedudukan 76 (38 mata) manakala Indonesia dikedudukan ke-88 (36 mata).

Berdasarkan CPI, skor 0 bermakna “sangat rasuah” manakala 100 dianggap sangat bersih.

Indeks itu meletakkan ranking kepada negara berdasarkan tahap persepsi rasuah dalam sektor awam.

Ia berasaskan gabungan beberapa tinjauan dan penilaian rasuah yang dikumpul pelbagai institusi bereputasi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.