Categories
NASIONAL

‘Tsunami inflasi’ bakal berlaku

SHAH ALAM 2 JAN: KEADILAN menjangkakan ‘tsunami inflasi’ bakal menimpa negara pada 2016 ekoran pemotongan pelbagai subsidi oleh Kerajaan Persekutuan.

Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin, berkata antara menjadi mangsa adalah pemotongan subsidi elektrik, beras, minyak masak dan tepung gandum.

Katanya, Kerajaan Persekutuan juga membuat pengumuman harga gas asli bakal dinaikkan mulai Januari 2016.

EKONOMI“Ini sudah pasti melonjakkan tarif elektrik kerana separuh penjanaan elektrik di negara kita menggunakan gas asli sebagai bahan api.

“Akibatnya, barang akan dijual pada harga lebih tinggi lagi,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata pembentukan jawatankuasa baru dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi mengatasi kenaikan harga barang dan kos sara hidup bukan penyelesaian kepada masalah itu

Katanya, Kerajaan Persekutuan pernah menubuhkan jawatankuasa seumpama itu pada Julai 2011 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, namun tiada hasil.

“Apa yang dilaksanakan kerajaan selepas berjuta-juta ringgit dibelanjakan dalam makmal tersebut? Berapakah banyak lagi jawatankuasa yang ingin ditubuhkan?

“Hakikatnya, fenomena harga barang naik sekarang kerana kegagalan dasar ekonomi kerajaan BN. Pelaksanaan GST, pemotongan subsidi, pengurangan rebat tarif elektrik, kenaikan tol lebuh raya, dan kenaikan harga tiket pengangkutan awam semua diputuskan kerajaan BN sendiri,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.