Categories
SELANGOR

Tujuh muka baru dilantik Ahli Majlis MBPJ

OLEH : NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 21 JAN: Tujuh muka baru dilantik sebagai Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi penggal 2016-2017.

Mereka terdiri daripada Jamaliah Jamaluddin (DAP), Elaine Magdaline Nathaniel (DAP), S Gandhimathi (DAP), Wong Swee Sang (DAP) dan Ermeemarianna Saadon (PKR).

Manakala dua orang lagi ahli majlis yang mengangkat sumpah hari ini pernah menjawat jawatan itu sebelum ini ialah Terrence Tan Teck Seng (DAP) dan Derek John Frenandez (NGO).

PUAN ERMEEMARIANNA BINTI SAADONSelain itu, seramai 15 ahli majlis dikekalkan, Majlis Angkat sumpah dan lafaz ikrar diadakan di hadapan Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain.

Azizi berharap komposisi ahli majlis dari pelbagai latar belakang dan pengalaman itu diharapkan dapat bekerja keras dan menjalin hubungan yang lebih akrab dengan masyarakat di kawasan masing-masing.

“Hubungan perlu dijalin tanpa mengira kaum bagi membantu Petaling Jaya mencapai sasarannya serta menggalakkan masyarakat untuk turut sama ke arah merealisasikan hasrat MBPJ ke arah bandaraya peneraju, dinamik dan lestari,” katanya

Ahli majlis dilantik menggalas tanggungjawab sebagai penggubal dasar selari dengan agenda Kerajaan Negeri disamping menggerakkan masyarakat membabitkan diri secara langsung dalam program dianjurkan serta sebagai pengantara antara MBPJ dan masyarakat setempat.

Kesemua dilantik merupakan gabungan muka baru dan lama yang memiliki latar belakang dan kepakaran dalam bidang berbeza seperti ahli perniagaan, perundangan, kejuruteraan, pelaburan dan pelbagai lagi,

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.